Sunday, April 27, 2008

Suatu ketika di terminal CINTA

Hanya aku, dia dan bunyi train sesekali memecah kesunyian.

Hanya kami berdua di situ.

Suasana sekitar terminal yang hening itu buat hatiku tambah rawan dan pilu.

Terasa mahu pecah kolam hatiku yang sudah kebanjiran airmata. Pun aku masih cuba untuk tidak menzahirkannya di mataku, diwajahku. Aku masih berusaha untuk tersenyum. Aku tidak mahu dia tahu bahwa hatiku sedang menangis.

Saat itu, bila dia melepaskan aku pergi, aku merasakan seolah dia sedang melepaskan aku untuk selamanya. Itu yang aku rasa.
Bertahun rasa ini kusimpan, kujaga dan tak tergugat ia. Bertahun aku menunggu saat-saat di mana aku bisa menyentuh cintanya, tetapi saat kami bertemu, kami terpaksa berpisah.

Dan sungguh, aku rasa teramat pilu saat itu, untuk meninggalkannya di situ.

Saat-saat terakhir itu, tatkala train semakin hampir, aku masih menoleh seolah tidak mengizinkan dia hilang dari pandanganku. Masih tergambar jelas di mataku akan lambaiannya, senyumannya. Segala-galanya..............masih tergambar jelas.........dan sungguh, aku tidak rela melepaskannya. Aku menangis tiap kali mengenang detik itu.

Setitis....setitis...Ya Allah, aku menangis saat menulis ini pun. Dan aku sedar, sampai kapan pun aku takkan bisa menyentuh cintanya........, dan inilah catatan terakhirku tentang cinta. Cukuplah setakat ini . Di sini, aku nyatakan bahwa aku mengundur diri untuk selamanya, Kaklong akan terus hidup di sini dengan cintanya................

Friday, February 01, 2008

Tentang Dia


Dia selalu tanya aku, adik ada tulis pasal ni tak; you tulis pasal tu dalam blog you tau; adik tulis apa pasal abang???


Aku kata aku tak pernahla tulis spesifik pasal dia, bukan apa mungkin tak sampai masa atau aku rasa tak perlu kot.


Ada satu gurauan dia yang aku rasa nak share....katanya kalaulah kami balik ke masa silam, the past 25 years , dan dia jumpa aku time tu, dia akan bagi aku gula-gula dan cakap, dik...ini gula-gula abang kasi, mai sini abang nak cium sikit, adik nak tau tak...adik ni satu hari nanti nak kahwin dengan abang tau...


Aku bantai gelak dan terus jerit, tolong...tolong...lelaki kucing nak culik saya, help me...hahaha


Siapa dia? Dia adalah suami, kekasih, sahabat, kawan, abang, dan juga macam ayah aku, penjaga aku yang sangat istimewa di mata aku. Walaupun ada kekurangannya tapi he is perfect for me, and he said that I'm perfect for him too. So we complete each otherlah.


Gaduh? Kerap...tambah masa awal marriage. Actually marriage is a learning process to adapt each others...Tahun pertama memang mencabar but at one level kita dah tahu how to tune ourselfkan...


By this time kami tak pernah gaduh lagi but we always argue (macam gaduh gak le) tentang isu, just isu. Kami boleh argue sampai dua-dua tak nak mengalah dan akhirnya ok, stop. Seminit lepas tu tak ada apa-apa yang berlaku, kami macam biasa balik, like loving couple. Pasal yang tadi tu isu jer... tak ada kena mengena dengan hubungan kami. Kekadang boleh gelak pulak kalau ingat balik. He always ask me, orang lain macam kita jugak ke? Atau orang lain agaknya boleh buat macam kita tak? Aku cakap tentulah ada, dunia nikan ramai penghuninya. Tapi dia kata tak ada, orang lain takkan boleh buat macam kita....gaduh sampai tinggi-tinggi suara pasal isu then boleh duduk berdua elok-elok bercinta balik macam tak ada apa-apa berlaku, aku kata adala...dia kata I dont think so...aku kata suka hatilah...then we start argue again...


Kadang time tengah gaduh, sempat dia jerit ok, suka hati you lah! Apa-apa pun I love you lah! Tapi dalam hal ini ...bla..bla..bla...Bila aku tak larat aku akan tutup telinga dan jerit...Ya Allah, tabahkanlah hati aku, kenapa la aku dapat laki macam ni...God please help me....


Yes, memang dia seorang yang selalu nak menang, macam aku juga sebab kami sama-sama anak sulong. Lagi dia juga keras kepala, angin, sometime kasar, banyak cakap + pandai cakap, sebijik macam aku, but he is very protective, sangat memanjakan aku dan sangat romantik....


Tiap kali aku penat buat kerja rumah atau letih mengadap assignment yang melambak, dia selalu menawarkan jari-jarinya untuk memicit aku yang lengoh-lengoh ni. Malah acapkali dia berdiri dibelakangku kala aku asyik dengan assignment, memicit bahu dan belakang tengkuk, kemudian datang menatang dulang air minuman, atau menghantarkan makan tengahari dan malam yang dia beli kat gerai belakang rumah...(time bz dengan assignment dan exam aku tak masak, malah tak berganjak dari meja study sehari suntuk) Makan pun kat situ...itu yang boleh score 4.00 tuh....


Dulu time aku ambil kelas malam, kadang-kadang bila dia sempat, dia akan masak dan hidang...aku balik rumah tahu makan jer...tak sedap pun cakap sedap...pandai abang masak...lebar senyuman dia.


Aku tak pernah uruskan baju kerja dia, dia sendiri yang match dan siapkan tiap malam, malah semua dihantar ke dobi, aku tak dibenar iron baju dia, katanya baik masa tu diguna untuk duduk sebelah dia sambil tonton TV. Dia rimas tengok aku iron baju....lama sangat, penat dia nengok...


Setiap jam 12.00 tengah malam birthday aku, dan juga our anniversary dia takkan lupa berikan sejambak mawar merah dan kek walaupun aku tak suka kek tu. Malah, dia akan call aku sejam sekali selama 24 jam nyanyi lagu happy birthday, sampai habis hari tu.


Ada masanya aku kena meeting waktu malam, dia akan hantar dan tunggu waima meeting tu abis 12.00 tengah malam, tanpa merungut malah dia suka aku jadi pegawai yang dedikasi, macam dia dulu-dulu.


Kat office dia memang boss yang very serious, everything nak perfect, cepat, tepat, dan classss. Malah kalau orang yang lembab atau tak proaktif tu, hari-hari aku dengarlah dia mengumpat kat rumah. Tapi dia jugaklah boss yang paling sporting time lepas waktu kerja, yang tu aku percaya staf-staf dia semua dah masaklah...


What else...mmm...dia sangat ambil berat pasal anak-anak dia, mak dia, mak dan ayah aku dan juga adik-adik aku. No complaint about that. He is so supportive dengan apa yang aku buat, termasuklah hal kerjaya dan pelajaran aku. Katanya dia bangga ada isteri yang bijak dan berjaya. Dia sangat bangga dengan apa yang aku usahakan dalam hidup aku. Dan yang paling penting dia hormatkan aku....kerana aku adalah kak long. Itulah value sebenar yang meletakkan diri aku di tempat sekarang, di hati dia, suamiku. Ok dah le tu...kang kembang pulak kanda aku sorang nih......

Monday, January 14, 2008

Aku adalah yang terpilih

Aku adalah yang terpilih untuk berada "di sini". You are the best created of God to be "here", at the right time, at the right place. Kita adalah orang yang paling sesuai untuk memikul beban dan tanggungjawab ini. Kita berada di sini kerana kita memerlukan tempat ini atau kerana kita diperlukan di sini. Bagi aku, aku telah dipilih untuk berada di sini kerana kedua-duanya, memerlukan dan diperlukan. Aku amat bersyukur kerana tahun 2007 telah meninggalkan begitu banyak kenangan yang amat bermakna kepadaku. Malahan pada sepanjang tahun 2007, banyak impian dan cita-citaku telah dikabulkan olehNya. Kata kanda tahun 2007 adalah tahun bertuah aku. 2+0+0+7=9 iaitu tarikh lahir aku. Ya atau kebetulan aku tak tahu. Tapi semakin banyak aku menerima, semakin banyak aku bersyukur, semakin banyak juga aku diuji. Malahan aku telah diuji aku dengan cabaran yang maha hebat, semoga Allah s.w.t akan sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahnya.

Friday, December 07, 2007

Doa

Teramat sibuk sepanjang bulan November dan Disember. Seingat aku sepanjang bulan aku bekerja termasuk Sabtu dan Ahad. Dalam masa yang sama fikiran aku juga agak bercelaru. Mungkin sebab cuti semester, tak ada assignment jadi kesibukan ini bukanlah mencapai tahap kesibukan yang aku perlukan barangkali. Aku perlu sibuk supaya aku penat, supaya aku tak banyak fikir. Hai kak Long, bila nak berubah? Aku keliru memikirkan bagaimana/ atau wajarkah jika ada seorang insan yang berdoa sejak sekian lama supaya satu hari dia akan diketemukan dan bersama semula denganku? Barakah ke doa begitu? Pada aku, dia telah melepaskan banyak peluang sejak 10 tahun yang lalu. Dan pada aku juga kedegilan dan kesanggupannya menunggu itu hanya sia-sia kerana aku kini sedang bahagia, dan dia juga sedang bahagia, aku percaya itu. Pada satu masa, aku rasa diri aku sudah ada segala-galanya dan begitu fokus dengan apa yang akan aku capai dalam hidup ini. Dan kemunculannya untuk menguji akukah? Keliru seketika dan nyaris aku tersasar. Dan aku akui hakikat bahawa tidak semua cerita akan berlaku seperti yang kita harapkan seperti juga kisah cinta aku.

Saturday, November 10, 2007

Cinta Sejati?

Cinta sejati. Apa makna cinta sejati sebenarnya.
Bila kita mengakui cintakan seseorang dan berusaha serta dapat hidup bersama-sama dengannya, mengharungi suka duka bersama hingga ke akhir hayat. Itukah cinta sejati?
Bila kita mengakui cintakan seseorang dan tidak dapat melupakan apatah lagi membuang perasaan cinta di hati kita terhadapnya meskipun kita telah ditakdirkan untuk tidak bersama. Itukah cinta sejati?
Atau, bila kita masih mengatakan dialah yang paling kita cintai dan sayangi, tapi kita sedang hidup bersama orang lain kerana takdir telah mengaturkan begitu, itukah cinta sejati?

Aku? Barangkali cinta sejati cuma datang sekali dalam hidup. Dan cinta yang wujud kemudiannya selepas itu bukanlah cinta yang tidak suci atau murni. Bagi aku sejati atau tidak sejatinya cinta kita kepada insan yang berada di sisi kita tidak penting dan bukanlah pokok persoalan utama. Apa yang ada di hati kita hanya kita yang tahu. Dan apa yang kita lakukan haruslah berlandaskan kepada peraturan dan prinsip hidup yang berpaksikan kebenaran, berpijak di bumi nyata.

Kata sahabat seorang ini, ada beza antara tanggungjawab dan perasaan cinta? Wanita pasti marah dengan kenyataan ini, jika ia dilafazkan oleh seorang suami bukan? Tapi itulah hakikatnya yang berlaku di kalangan kita. Bukan semua orang bertuah , dan tidak dapat memiliki cinta sejati juga bukanlah sesuatu yang malang. Kita masih lagi dapat menjadi orang yang sangat berbahagia asalkan kita sedar tanggungjawab kita dan bersyukur.

Dan menyimpan cita-cita atau impian agar suatu masa cinta sejati itu akan dapat kita miliki adakah suatu dosa? Alangkah baiknya jika hati ini umpama softcopy file yang boleh dipadam atau diformat semula........

Friday, October 26, 2007

Syawal 2007

Kebelakangan ini aku tak ada masa nak mengupdate. Tambahan sejak sambung belajar semula. Sungguh pun kuliah hanya enam hari dalam satu semester, tapi banyak tugasan. Mujurlah aku dapat partner yang kebetulan tinggal tak jauh dari rumah. Maka kami sepakat untuk buat assignment dan belajar sama-sama. Minggu terakhir Ramadan aku perlu berhadapan dengan peperiksaan akhir bagi semester satu dan juga dateline hantar assignment. Masa tu sibuknya tak terkata, dengan kerja-kerja kat pejabat lagi. Aku rasa tak sabar nak cuti supaya aku boleh spend time lebih sikit untuk entertain diri sendiri, dan juga entertain kanda...kesian dia.

Hari raya tahun ni memang seronok, aku dapat berhari raya bersama keluarga. Sebenarnya dah tiga tahun aku beraya di rumah in-law dulu, raya kedua baru balik kampung sendiri. Keseronokan tu juga aku kongsi dengan pendengar-pendengar ERA. Aku on air hari Isnin lepas. Aku cakap kat deejay tu kali ni dapat balik kampung aku dulu pasal aku menang one two som! Ha..ha...ye ke tu?

Sebenarnya bukanlah pasal tu. Semuanya demi kanda, aku sanggup beralah untuk pastikan anak-anak dia dapat beraya bersama dia pada hari raya pertama. Itulah sebab sebenarnya. Jadi selama tiga tahun ni aku beralahlah sebenarnya, bukan pasal kalah one two som! Berbeza tahun ni, yang sulong balik rumah mertua dia, si bongsu pun balik rumah mertua, tinggal yg tengah...balik rumah wan dialah....kampung mak mertua aku. Kalau nak tunggu sang bujang sorang ni dapat mertua, alamat sampai kucing berjanggutlah aku tak dapat raya kat kampung sendiri. Dan aku tahu kanda utamakan anak perempuan, anak lelaki dia tak risau sangat. Akhirnya berkat kesabaran aku, terbukalah hati kanda dan aku pun dapat balik kampung. Yey!

Dah tiga tahun tak balik buat persediaan raya di kampung sendiri, so banyak jugaklah aku habis duit, tapi tak apa sebab aku happy sangat. Mak dengan ayah lebihlah lagi happynya....

Raya tahun ni juga aku menerima perkhabaran dari seorang sahabat lama. Mmm, boleh kata cinta pertama. Aku bersyukur kerana dia kini bahagia. Malah aku tak pernah sesal dengan apa yang berlaku pada kami dulu. Memang Allah s.w.t tak pernah mengizinkan kami untuk bersama. Memang bukan jodoh kami, aku redha. Aku bangga mendengar dia kini sedang berbahagia bersama seorang wanita yang berhati mulia, yang telah menjaga dia sepenuh hati dan berada di sisinya dalam susah dan senang. Malah telah memberikan dia empat permata hati....pasti dia sangat bahagia. Aku tumpang gembira. To love someone is to make him happy, I’m happy to see him happy.

Wednesday, October 17, 2007

Cinta Pertama

Cinta Pertama yang muncul kembali. Kenapa tiba-tiba dia muncul? Perasaan, fikiran malah tumpuan aku terganggu sejak malam Syawal lagi. Tidak aku nafikan sepanjang sepuluh tahun ini, aku sering mimpikan dia. Kadangkala aku pun hairan. Kenapa aku masih mimpikan dia? Kenapa dia masih muncul dalam mimpi tidurku? Gangguan Syaitan? Atau dia juga sedang rindukan aku? Memang cinta pertama tiada tandingannya, itu aku akui. Tapi semua itu telah berlalu. Ianya adalah sejarah. Sesuatu yang tetap aku kenang sehingga ke akhir hayat. S, kita tetap sahabat, sampai bila-bila pun awak tetap di hati, tapi hanya sebagai sahabat.

Friday, August 10, 2007

Hati yang berbolak-balik

Bulan ini barangkali memang bulan yang bertuah. Bermula dengan rezeki kenaikan gaji kakitangan kerajaan, rezeki mendapat kenaikan pangkat, angah bakal menjadi ayah dan ateh sudah menerima tawaran pekerjaan di Malaysia walaupun masih ada satu semester sebelum tamat pengajian di Jepun. Alhamdulillah. Perkara pertama yang aku lakukan bila mengetahui bakal mendapat kenaikan gaji ialah membuat potongan tabung haji untuki emak dan ayah, yang dulu aku tak mampu buat. Tapi kenapa walau sudah diberi rezeki bertimpa-timpa aku masih rasa kekurangan? Atau sememangnya manusia begitu? Tidak pernah kecukupan? Aku masih mencari-cari, masih berusaha menetapkan hati. Baru-baru ini semasa menghadiri tazkirah di pejabat (selang seminggu setiap Jumaat) kata ustaz hati manusia biasa seperti kita memang sering berbolak-balik, keimanan kita juga tidak konsisten, jadi amat penting supaya kita mengukuhkan amalan bagi menetapkan hati dan mengukuhkan iman. Bagiku, setiap kali berdoa, yang aku pinta agar Allah s.w.t berikan aku ketenangan, kebahagiaan dan kesihatan. Aku pinta supaya sentiasa sabar dan tabah, aku pinta supaya aku sentiasa berfikiran positif serta dijauhkan perasaan syak wasangka serta ragu-ragu. Aku pinta imanku sentiasa diperkukuhkan. Itulah makna kebahagiaan sebenarnya.

Saturday, July 21, 2007

Sabarlah hati

Sejak dua menjak ni aku rasa angin semacam jer...ada pulak orang yang membangkitkan kemarahan aku. Ya Allah, sabarkanlah hambamu ini. Aku pun tak tau macamana boleh sabar selama setahun, akhirnya meletus jugak. Kemuncaknya aku ajak beberapa orang kawan kat floor yg sama kemaskan harta-benda dia yang dilonggok merata-rata di sesuka hati dia macam dia sorang kerja kat floor ni. Aku dah tak tahan, dah lama sabar. Kenapa la dia ni pemalas sangat. Nampak baik, lemah lembut, santun. Tapi meja dia macam tempat kucing beranak. Meja lain yang kosong pun dia kerjakan juga....Macamana aku boleh tahan kerja kat persekitaran yang tak kondusif selama setahun ni aku pun tak tau...tapi yang pasti aku memang tak happy dan rimas selalu. Kami gotong-royong semalam memindahkan harta benda dia ke stor. Berpeluh jugakla, siap tukar baju lagi. Dan dia? buat muka protes......bukan nak bagi moral support. Tak nak tolong tak apa tapi tunjukkanlah sokongan.....aku tak faham la orang macam ni. Kan ke pejabat ibarat rumah kedua kita. Kita spend 8 jam kat opis jadi wajib kita jaga kebersihan, kemaskan dan hias setakat bajet yang ada. Bukan rumah jer nak bersih...tempat kerja pun sama. Betultak?

Wednesday, June 27, 2007

Impian Demi Impian


Bersua kembali akhirnya. Lama benar aku tidak mengupdate. Bulan Mei merupakan bulan paling sibuk setiap tahun. Aku bekerja tanpa henti termasuklah hari Sabtu dan Ahad. Bulan Jun pula bila kesibukan reda, ada network problem pulak......
Mungkin tak ada lagi yang membaca blog aku ini, tapi aku masih nak menulis kerana aku lakukannya untuk diriku sendiri. Setahun lamanya memblog, terapi ini benar-benar banyak membantu. Aku rasa lapang dada, makin tenang dan sentiasa positif untuk memperbaiki diri.

Dulu kalau hatiku terluka aku akan menjauh diri. Kini bila hatiku terluka aku akan bersikap makin baik dengan orang yang menyakiti. Kerana bagiku, itulah cara yang sebaiknya un tuk menyedarkan orang yang sedemikian. Kalau dulu, aku ni kira pendendam juga orangnya. Kalau sekali aku tak suka, maaflah.....Tapi sekarang aku makin tua (matang le tu). Manusia perlu berubahkan.....

Wow, kontra sungguh diri aku sekarang.

Baru-baru ini aku mendaftar diri nak buat program master dengan UPM. Aku memang minat belajar, tapi sebenarnya aku sendiri tak pasti mampu ke tidak aku habiskan program ini secara jarak jauh. Hish! Dalam pada tu aku buat loan supaya senang nak bayar yuran nanti. Bukan sikit, nak bayar balik 10 tahun ada le.Hai, study loan masa buat sijil, diploma dan degree dulu pun tak habis bayar lagi, tiap bulan gaji kena potong, apasal aku cari penyakit buat loan baru ni? Bukan tu aje, dengan beraninya aku telah membooking sebuah apartment yang aku dah ‘mark’ sejak 6 bulan lepas. Tiap kali lalu kat situ aku selalu kata pada diri aku, alangkah bagusnya kalau aku dapat beli rumah kat situ. Lokasi strategik, pemandangan dari balkoni mengadap tasik dan padang golf, bestnya......aku makin kuat berangan bila membaca majalah hiasan dalaman sambil membayangkan interior yang aku nak buat kalau aku ada apartment sendiri. Aku ni memang kuat berangan....

Puas juga aku mencongak-congak takut tak cukup duit nak bayar bulan-bulan, maklumlah gaji aku kecik jer.....Tapi yelah! Ramai kawan-kawan beri motivasi. Nak beli rumah kena berani, nekad jelah. Akhirnya, ia menjadi milik aku. Dan siapalah sangka pilihan aku kali ni disokong kanda 100%. Kalau dulu baru bukak mulut pasal nak beli rumah, memang dia tak pernah setuju. Rumah sempitlah, lokasi tak strategiklah, macam-macam komen dia. Dia lebih suka tinggal di rumah kami sekarang yang mengadap dinding (depan rumah aku ada highway). Bunyi bising tak usah cerita, belum lagi cerita pasal debu. Cuma bezanya lokasi sangat strategik.

Tapi yang ini, bagi kanda ada kelasnya yang tersendiri. Lokasi strategik, pemandangan cantik dan layout menarik walau kecik aje saiznya... Dan sejak hari tu bila kami lalu je kat situ, menjeling-jelinglah kami bangunan yang dah naik 100% tu. Kena tunggu 6 bulan lagi baru siap sepenuhnya. Kekadang aku rasa aku ni banyak sangat impian. Semua aku nak buat sendiri. Masa mula-mula ku datang KL (11 tahun yang lalu) Aku hanyalah seorang kerani yang berkelulusan sijil. Dan kini sedikit demi sedikit hidup aku berubah. Semuanya kerana banyak impian dalam hidup aku. Aku banyak berangan nak capai itu dan ini. Insyaallah ada rezeki aku nak hantar mak dan ayah pergi Mekah pulak...