Tuesday, January 23, 2007

Bangau oh Bangau


Kebelakangan ini aku asyik ditimpa malang. Dan aku rasa cukup lemah semangat ketika itu. Kadangkala fikiran aku tak dapat difokuskan dan rasa kosong. Kata kanda aku ni kurang daya tahan. Cepat lemah semangat. Demi menghiburkan aku, maka kanda pun menyanyikan lagu Bangau oh Bangau. Katanya setiap yang apa berlaku pasti ada hikmahnya, pasti ada hubung kaitnya. Barangkali kemalangan yang menimpa kita itu adalah demi membantu orang lain. Iye ke?

Yang terakhir (mudah-mudahan tiada lagi selepas ini), semalam, kereta yang aku pandu melanggar kereta di hadapan dalam jalan yang sesak. Aduh……dahlah kereta aku pun kena hantar bengkel, kereta yang aku langgar pun kena dibayar juga. Beberapa hari lepas juga berlaku peristiwa yang merugikan aku. Bulan ini memang tension….

Kata kanda, apalah sangat kemalangan yang aku alami jika dibandingkan dengan mangsa banjir di Johor yang habis kereta mereka ditenggelami air? Tahu tak tauke-tauke bengkel atau pemilik kereta tunda hari-hari berdoa supaya mereka akan dapat pelanggan baru, supaya rezeki mereka murah setiap hari. Dan siapa yang menjadikan doa mereka itu realiti? Memang rezeki Allah yang beri, tapi bagaimana caranya? Bukankah sama macam lagu Bangau oh Bangau? So think positive! Dan aku akhirnya mampu ketawa terkekek-kekek bila kanda menyanyikan lagu Bangau oh Bangau dalam beberapa versi, Kereta oh Kereta, Bibik oh Bibik (Bibik oh Bibik menceritakan kisah bagaimana bibik dapat kerja di rumah kami dan bagaimana akhirnya kami dapat berjumpa dan menyelamatkan dia yang menjadi pendatang haram di Malaysia serta tiada permit kerja selama tiga tahun). Dan aku hampir tersedak mendengar nyanyian kanda kerana waktu itu kami sedang makan malam. Bayangkan makan malam dengan hidangan lagu sumbang dari kekandaku sayang!

1 comment:

xnimyx said...

turut sama ketawa baca entry kak long.

bukan lah di namakan manis kehidupan andai tidak ada dugaan. semoga kak long selalu tabah. dan beruntungnya kak long, punya kekanda sebagai teman di perjalanan *winks*

nota : maaf lambat respon. saya sendiri juga akhir-akhir banyak bersendiri.